04 Mei 2010

SIRI KULIAH AL-FADHIL USTAZ LOKMAN

4 Mei 2010
Kuliah maghrib pada hari ini menyentuh soal rezki. Sesungguhnya rezki setiap manusia itu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Walau apapun rintangan, halangan, seandainya rezki itu telah ditetapkan Allah kepada kita, nescaya ianya menjadi hak kita jua. Di dalam usaha mendapatkan rezeki daripada Allah, kita seharusnya menggabungkan elemen-elemen tawakkal, solat, doa, zikir, dan usaha.

Penceramah menceritakan seorang lelaki telah datang kepada nabi Sulaiman dengan membawa sebiji jagung. Beliau meminta nabi Sulaiman memberitahu rezki siapakah yang tertulis pada sebiji jagung yang di bawa ini. Nabi Sulaiman memberitahu bahawa telah tertulis bahawa biji jagung yang dibawa itu adalah rezki kepada seekor ayam jantan di negara India... bagaimanakah kisah seterusnya ???? marilah kita sama-sama mengikuti siri-siri kuliah ini.

Indahnya berada di majlis Ilmu Allah.....

Wallahu a'lam