10 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis Berbuka Puasa telah dianjurkan oleh Masjid Guntong Luar pada hari Sabtu, 5 September 2009. Konsep permuafakatan merupakan amalan biasa di Kariah Masjid Guntong Luar di mana para ahli jemaah yang berkemampuan membawa hidangan masing-masing. Sebanyak 50 hidangan telah disediakan dan lebih dari 200 orang kariah dan tetamu jemputan hadir di majlis berkenaan.

Bagi pengisian sempena bulan Ramadhan Al Mubarak, Majlis ini diisi dengan Tazkirah oleh Ustaz Mukhtar dari Pejabat Agama Daerah Setiu. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafie, Ahli Parlimen Setiu.

Jawatankuasa Masjid merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kariah dan juga Yang Berhormat Dato' di atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.

Bertenang hati, berlapang dada, tanpa mengira fahaman politik, atas nama permuafakatan dan rasa cintanya pada Islam, maka program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PENGALAMAN BERSOLAT DENGAN IMAM TIMUR TENGAH

Kariah Masjid Guntong Luar merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas usaha menghantar imam dari Timur Tengah bagi mengimamkan solat tarawih pada tahun ini. Walaupun hanya satu malam sahaja kariah berpeluang untuk bersolat tarawih bersama imam tersebut tetapi ianya menjadi satu pengalaman baru kepada ahli kariah.

Terima kasih