26 Julai 2009

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI


Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. dan bukan disebabkan oleh apa-apa munasabah. Telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w orang menyangkakan gerhana bulan atau matahari ini berlaku disebabkan suatu peristiwa atau kejadian. Sebagaimana yang dikisahkan pada zaman Rasulullah S.A.W anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal dunia, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka nabi telah bersabda menafikan sangkaan orang-orang kafir dengan sabdanya :

إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم. (رواه البخاري ومسلم)


Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”


Solat Gerhana

Solat gerhana boleh dilakukan secara berseorangan atau secara berjemaah. Adapun sedemikian adalah sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.


Niat Solat Gerhana


الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan

الكُسُوْف : Gerhana Matahari

أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.