10 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis Berbuka Puasa telah dianjurkan oleh Masjid Guntong Luar pada hari Sabtu, 5 September 2009. Konsep permuafakatan merupakan amalan biasa di Kariah Masjid Guntong Luar di mana para ahli jemaah yang berkemampuan membawa hidangan masing-masing. Sebanyak 50 hidangan telah disediakan dan lebih dari 200 orang kariah dan tetamu jemputan hadir di majlis berkenaan.

Bagi pengisian sempena bulan Ramadhan Al Mubarak, Majlis ini diisi dengan Tazkirah oleh Ustaz Mukhtar dari Pejabat Agama Daerah Setiu. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafie, Ahli Parlimen Setiu.

Jawatankuasa Masjid merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kariah dan juga Yang Berhormat Dato' di atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.

Bertenang hati, berlapang dada, tanpa mengira fahaman politik, atas nama permuafakatan dan rasa cintanya pada Islam, maka program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PENGALAMAN BERSOLAT DENGAN IMAM TIMUR TENGAH

Kariah Masjid Guntong Luar merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas usaha menghantar imam dari Timur Tengah bagi mengimamkan solat tarawih pada tahun ini. Walaupun hanya satu malam sahaja kariah berpeluang untuk bersolat tarawih bersama imam tersebut tetapi ianya menjadi satu pengalaman baru kepada ahli kariah.

Terima kasih

18 Ogos 2009

PROGRAM TANAMAN SAWIT MASJID

Pengenalan Projek
Projek Tanaman Sawit Masjid merupakan satu projek yang memberi peluang kepada muslimin dan muslimat untuk menyumbangkan derma ke jalan Allah SWT. Projek ini dilaksanakan di atas tanah seluas 4.5 ekar di belakang Masjid Guntong Luar.

Kos
Kos untuk menanam dan menyelenggara(3 tahun) sepokok sawit adalah sebanyak RM90.00. Dijangka sebanyak 350 pokok akan di tanam di atas tanah tersebut.

Sumber Kewangan
Ini PELUANG untuk muslimin dan muslimat. Tuan/Puan boleh memberi derma untuk projek ini. Derma berkenaan boleh di buat di atas nama "JAWATANKUASA MASJID GUNTONG LUAR".


Hasil
Hasil daripada projek ini akan disalurkan ke Tabung Masjid bagi urusan menyelenggarakan masjid dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah. Di samping itu juga ianya akan digunakan bagi urusan kebajikan dan khairat umat Islam.


Rebutlah PELUANG ini... sekali menderma, sumbangan untuk masjid selamanya.....
Sebarang pertanyaan, sila hubungi,

En. Mohamad bin Mat Zin (Pengerusi JK Masjid) : 012-9582816
Tuan Haji Ab Kadir Daud (Pengurus Projek) : 019-9850103
Encik Hamdan bin Hamzah (Setiausaha) : 013-9601616
YM.Ku Mohd Nazri Ku Abas (Bendahari) : 014-8089064

26 Julai 2009

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI


Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. dan bukan disebabkan oleh apa-apa munasabah. Telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w orang menyangkakan gerhana bulan atau matahari ini berlaku disebabkan suatu peristiwa atau kejadian. Sebagaimana yang dikisahkan pada zaman Rasulullah S.A.W anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal dunia, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka nabi telah bersabda menafikan sangkaan orang-orang kafir dengan sabdanya :

إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم. (رواه البخاري ومسلم)


Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”


Solat Gerhana

Solat gerhana boleh dilakukan secara berseorangan atau secara berjemaah. Adapun sedemikian adalah sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.


Niat Solat Gerhana


الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan

الكُسُوْف : Gerhana Matahari

أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.


23 Jun 2009

MASJID GUNTONG LUAR BERUBAH WAJAH

Demi untuk keselesaan muslimin dan muslimat, KERAJAAN telah menyalurkan beberapa peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan Masjid Guntung Luar. Antaranya yang terbaru ialah :-
1. Membaikpulih tandas dan tempat wuduk
2. Mengecat semula masjid
3. Menurap semula jalan dan kawasan parking.

Di samping itu juga, hasil usaha dan sumbangan masyarakat pihak pengurusan masjid telah menyediakan wakaf tambahan dan tempat duduk bagi keselesaan pengguna.

Sama-samalah kita mengimarahkannya dengan yang terbaik.

Jagalah Kebersihan dan Janganlah rasa sayang untuk menyumbangkan derma anda.

15 Mac 2009

PROGRAM MAULIDUR RASUL SAW 2010

Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan wafat di Madinah.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Sambutan Maulidur Rasul SAW telah diadakan Masjid Guntong Luar pada 9hb Mac 2010, Ahli kariah, jemputan dari JKKK berjiran telah hadir beramai-ramai di program ini. Ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Lukman Mamat dari SMK Penarik.

Dengan harapan akan lahirnya rasa kasih dan cinta terhadap junjungan Nabi SAW dihati kita, insya Allah.


07 Januari 2009

BOIKOT PRODUK ISRAEL DAN SEKUTU

Di Palestin.......

Di saat ini Yahudi dengan sokongan sekutu-sekutunya bermaharaja lela terhadap umat Islam tanpa mengira usia termasuk anak-anak yang tidak berdosa.....



Di Malaysia....

Kita mengikuti perkembangan kekejaman tersebut....

Ada antara kita....

Sekadar dengar dan baca..

Rasa marah...

Buat tak tahu....

Buat tak endah....

Buat Dono jer....

Tak Tahu nak buat apa....


TAHUKAH Kita..... kadangkala kita juga menyokong secara tidak langsung... Kita gunakan barangan Yahudi.... beli produk Yahudi dan penyokongnya..... Lawatlah laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mengetahui senarai produk barangan Yahudi...



Surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


Surah al-Isra' ayat yang bermaksud:
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".


MARILAH KITA SAMA-SAMA MENADAH TANGAN KE HADRAT ALLAH SWT. MEMOHON AGAR ALLAH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIN DAN SELURUH DUNIA..
BOIKOT ISRAEL BOIKOT YAHUDI BOIKOT BOIKOT BOIKOT....